Wednesday, January 13, 2010

My Favourite Film...

Bagaimanakah aku memilih filem kegemaran aku, jawapan nye mudah aje.. asalkan filem tu mempunyai aksi dan jalan cerita yang bagus, itulah yang menjadi pilihan aku. Kecenderungan aku menonton filam adalah lebih kepada filem yang berpaksikan aksi sebagai wadah utamanye. Aku minat jugak filem2x yang berunsur cinta ataupun drama mahupun komedi, tapi itu tidak dapat mengatasi kegilaan aku terhadap filem2x aksi, ini mungkin disebabkan filem2x jackie chan yang banyak aku tengok masa aku kecik dulu. Filem2x ini lah yang telah membuka minat aku terhadap filem. So malas aku nk tulis lagi, nilah antara filem kegemaran aku buat masa ni. Aku ulangi lagi buat masa ni tau. Mungkin akan bertambah2x lagi filem kegemaran aku..

Crows Zero 2 2009 ( Dir : takashi miike )
Filem ni paling fav aku sebab bagi aku nilah filem yang menonjolkan babak pergaduhan budak2x sekolah yang meyakinkan. Lagipun jalan cerita dia bukan saja mengenai budak2x sekolah yang terejal tetapi juga bagaimana seseorang itu bangkit daripada kegagalan. scene hero iaitu genji berjalan seorang diri untuk pergi bergaduh cukup buat aku teruja

Dark Knight 2008 ( Dir : Christopher Nolan )
Inilah first filem yang aku tengok selama 3 jam tanpa rasa bosan sesaat pun. Unsur2x suspen yang dipersembahkan cukup hebat. Babak awal dalam filem ni aku rasa adalah yang terbaik pernah dibuat sepanjang masa. Aksi bagi filem ni jangan cakaplah, nama pun filem hollywood, tau2x sendirilah.

Ong Bak 2003 ( Prachya Pinkaew )
Bagi perminat filem aksi yang berunsur kan hand to hand fighting, kalau filem ni x ada dalam senarai diorang tipulah namanye. Aksi tony jaa dalam ni gempak giler. Aku rasa filem ni adalah penyelamat buat perminat filem fighting pada masa tu sebab waktu tu filem fighting semua nye hampeh termasuk yang datang dari hong kong

Ip Man 2008 ( Wilson Yip )
Ni adalah filem hero kegemaran aku, Donnie Yen. Walaupun aku membesar menonton filem2x jackie chan tapi bile aku mengenali siapa itu donnie yen dan melihat aksi2x beliau, aku terus lupakan jackie chan dan pergi kepada Donnie yen . Bagi aku Donnie Yen adala pelakon yang paling berbakat sekali dalam martial art. Dan aksi Donnie dalam filem ni cukup mengkagumkan. Lagipun cerita ni kan berjaya memenagi filem terbaik hong kong 2009